Latest News

Zaquan Kecewa Laporan ‘Wajah Pemain Yang Memalukan Negara’

hqdefault copy

Kekalahan 10 – 0 dalam perlawanan bola sepak antara Malaysia dan UAE dalam aksi perlawanan ketiga kumpulan A bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 membawa kehampaan terhadap peminat bola sepak Malaysia dan yang paling memeranjatkan apabila kekalahan ini telah memecah rekod hampir 50 tahun yang lepas.
Disebabkan kekalahan itu, pelbagai kritikan dilemparkan kepada skuad Harimau Malaya oleh peminat bola sepak Malaysia di laman sosial. Bukan itu sahaja, sebuah akhbar tempatan juga dilihat mengkritik kekalahan memalukan itu dengan melabelkan wajah pemain-pemain yang terlibat dalam perlawanan sebagai skuad yang memalukan negara.
Antara kenyataan yang di tulis oleh akhbar tersebut bersama satu gambar skuad Harimau Malaya:

“Inilah wajah anggota skuad Harimau Malaya yang memalukan negara di Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini”

Screen Shot 2015-09-06 at 12.41.24 PM

Pemain bola sepak negara, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak tampil ke depan bagi melahirkan perasaan kecewa ke atas laporan yang disifatkan sebagai tidak sensitif itu di akuan Instagram beliau. Di bawah adalah kenyataan oleh Zaquan yang dile
mparkan kepada akhbar tersebut:

“Typical writer. Wajar kah anda sebagai penulis melebelkan pemain ini sebagai wajah yang memalukan? Wajah anda lebih memalukan daripada mereka yang berusaha bermain untuk negara..jangan hanya pandai menulis tanpa melihat hati dan perasaan mereka..maaf jika tersalah kata..#harimaumalaya”

yDLOzpM

Kekalahan itu juga menyebabkan Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Dollah Salleh, meletak jawatan dengan serta merta dan sekarang ia digantikan dengan Ong Kim Swee sebagai jurulatih buat sementara waktu.
Sumber : siakapkeli
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.