Latest News

Julia Ziegler sedia dikritik akibat kongsi gambar berbikini di Pulau Redang

Julia Ziegler Sedia Dikritik Kongsi Foto Percutian Berbikini

Julia Ziegler Sedia Dikritik Kongsi Foto Percutian Berbikini
Pelakon Julia Ziegler bersedia menerima kritikan orang ramai gara-gara keterbukaannya berkongsi gambar-gambar seksi dengan berbikini dalam percutian di Pulau Redang, Terengganu.

Julia Ziegler atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 31, berkata, dia enggan terlalu menjaga hati masyarakat dan memikirkan kritikan pengguna laman sosial yang hanya tahu mencari kesalahan artis.

“Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.

“Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur,” ujarnya kepada mStar Online.

Julia diminta mengulas tentang gambar-gambarnya berbikini yang dimuat naik di laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu sejak Rabu lalu.

Dalam pada itu, Julia Ziegler menyifatkan memakai bikini ketika berada di pulau bukan sesuatu yang pelik dan sewajarnya tidak perlu dipertikaikan segelintir pihak.

Katanya, ia merupakan pakaian yang biasa dipakai oleh golongan wanita ketika bercuti di pulau dan ia juga tidak menyentuh sensitifiti masyarakat yang tinggal di kawasan itu.

“Bagi saya tiada yang pelik pun pakai bikini, orang-orang di kawasan ini ramai yang ambil gambar dengan saya dan tidak kisah pun pemakaian saya itu.

“Saya rasa ramai sahaja perempuan yang pakai seperti itu ketika di pulau, cuma mereka bukan artis dan tidak mendapat perhatian sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Julia berkata, percutian selama seminggu di Pulau Redang itu merupakan perkara yang dilakukan hampir setiap tahun setelah penat bekerja.

Ia juga merupakan satu-satunya masa untuk dia bergembira bersama kawan-kawan sambil melakukan aktiviti sukan air.

“Percutian kali ini panjang sedikit daripada 28 September hingga 4 Oktober baru saya balik Kuala Lumpur, ramai kawan-kawan saya dari Kuala Lumpur baru sampai sini.

“Setiap tahun saya akan datang ke Pulau Redang untuk menyelam bersama kawan-kawan lain. Biasanya kalau ada tawaran drama pun saya akan tangguhkan dahulu sehingga selepas balik dari berucuti,” ujarnya.

Sumber: MStar
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.