Latest News

Arwah Pak Yus Tukar Lirik “Aku Melawak Bukan Kerana Nama” Ketika Konsert Raja Band Semalam

yus
Pelawak Helmi The Gimmick memberitahu nyanyian terakhir Allahyarham Yus Jambu ketika di Konsert Raja Band yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam semalam (Ahad) sangat menyentuh perasaan penonton. Arwah menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip berjudul Bukan Kerana Nama, namun ditukar lirik yang menyelitkan beberapa nasihat kepada orang ramai.
Helmi tersentuh nyanyian terakhir Allahyarham Yus Jambu.
Helmi tersentuh nyanyian terakhir Allahyarham Yus Jambu.
“Ketika dia menyanyi lagu tersebut saya sendiri rasa sebak kerana cara nyanyian serta lagu tersebut diubah liriknya seperti memberi nasihat buat kali terakhir. Lagu yang sepatutnya dinyanyikan lirik ‘aku menulis bukan kerana nama’, ditukar kepada ‘aku melawak bukan kerana nama’ serta lirik lain yang banyak menyentuh nasihat. Saya tidak sangka itu adalah kali terakhir saya berkongsi pentas dengannya,” katanya.
Arwah juga difahamkan tidak banyak bercakap dan kelihatan pucat sepanjang persembahan malam itu.
“Dia sangat lain, selalu jika saya melawak dengannya pasti dia sambut, tetapi tidak semalam. Dia banyak diam dan wajahnya pucat. Saya tanya adakah dia tidak sihat, namun katanya, dia agak penat. Saya kenal dia ketika satu pentas Raja Lawak musim pertama dan dia seorang yang suka menyendiri. Ketika di hospital semalam pun saya ada bertanya kepada keluarganya tentang penyakit tersebut. Keluarganya mengakui dia ada mengihidap sakit jantung dan asma,” katanya lagi.
Karyawan akan beri bantuan sokongan kepada keluarga Allahyarham Yus Jambu.
Karyawan akan beri bantuan sokongan kepada keluarga Allahyarham Yus Jambu.
Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, terkejut apabila dimaklumkan tentang berita pemergian pelawak yang banyak memberi kerjasama dengan Karyawan. Katanya, sebagai penganjur, dia juga agak terkilan kerana tidak dimaklumkan tentang penyakit pelawak tersebut.
Jenazah Allahyarham sudah selamat tiba di Perlis dan bakal dikebumikan selepas Zuhur.
Jenazah Allahyarham sudah selamat tiba di Perlis dan bakal dikebumikan selepas Zuhur.
“Kita kehilangan seorang bintang yang sentiasa beri sokongan kepada Karyawan. Allahyarham tidak pernah menolak jika diminta membantu sebarang majlis anjuran Karyawan. Secara jujur memang ada sedikit kesal kerana tidak tahu dia ada masalah kesihatan, kalau tahu kita tidak minta dia nyanyi banyak lagu malam tadi, namun ajal maut itu sudah ditentukan tuhan,” ujarnya.
Sumber : mStar
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.