Latest News

Drama Norish Dan Bekas Suami Diteruskan

http://www.gua.com.my/photobank/article/1/20/A4B21CB0AE34430599DC632AFE313062.jpg
‘Perang mulut’ diantara Norish Karman dan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir berterusan hari ini dengan muka depan Harian Metro terpampang besar headline ‘Cinta Rahsia Norish’.

Tanpa berselindung, Datuk Hashimuddin mendedahkan punca perceraian mereka disebabkan “cinta rahsia” Norish dengan seseorang yang bermula sekitar Oktober 2007. Tambahnya, keluarga lelaki tersebut pernah berjumpa dengannya dan memintanya menghentikan hubungan itu.

“Saya pernah bersemuka dengan lelaki itu dan meminta dia sedar perbuatannya itu melanggar hukum agama. Tetapi mereka teruskan juga hingga Norish meminta saya menceraikannya.”

Walaupun memberitahu tidak lagi ambil peduli kisah percintaan bekas isterinya selepas bercerai, namun dia mengambil keputusan untuk bersuara apabila tidak lagi mampu bersabar tatkala didakwa Norish ada bukti bahawa dia gagal menjaga kebajikan anak.

“Macam-macam dia tuduh seolah-olah saya ini kejam sangat hingga orang luar yang tidak tahu apa-apa memandang serong. Selama ini saya mendiamkan diri kerana saya bukan artis yang memerlukan publisiti media, saya ahli perniagaan, untung atau rugi, saya tanggung sendiri.”

Dedahnya lagi, dia ada bukti dan saksi bahawa hubungan Norish dan Luqman bukan sekadar kawan biasa dan akan di huraikannya di mahkamah nanti.

1 comment:

  1. dunia dh nk kiamat..smakin rmi lelaki dayus a.k.a mginginkan isteri org... dan al-hunaanah a.ka. isteri yg ingin kpd lelaki lain selain suaminya...

    ReplyDelete

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.