Latest News

Serina Redzuawan Kahwin Jan 2010

Kebelakangan ini, memang ramai artis berkahwin. Ada yang pertama kali berkahwin dan ada yang bertemu jodoh lagi dan mengakhiri status duda-janda. Cerita pasal kahwin, Murai Batu dengar-dengar, beberapa bulan akan datang, akan tiba pula giliran anak perempuan Chef Wan, 51, iaitu Serina, 26, untuk naik pelamin. Murai Batu diberitahu perkara ini daripada salah seorang editor murai.com.my yang baru-baru ini membuat liputan di majlis perkahwinan Adlin Aman Ramlie dan Emilda Rosmila, di Ipoh, Perak. Kebetulan, Chef Wan adalah antara selebriti yang dijemput hadir selain daripada Julie Dahlan, Adibah Noor, Afdlin Shauki, Que Haidar, Linda Jasmine, Mamat Khalid serta produser sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman. Jadi sempatlah kita orang tanya dan usik-usik Chef Wan, bila pula giliran Serina? Maklumlah, sejak putus kasih dengan seorang jejaka kacak berstatus kembar, Serina khabarnya sudahpun mempunyai jejaka baru sebagai pengganti. Siapa dia? Nak tahu apa kata Chef Wan? Katanya, kalau ikut hati dan perancangan, dia berhajat sangat mahu lihat Serina kahwin pada tahun ini juga tapi disebabkan sibuk dengan macam-macam program, majlis perkahwinan Serina terpaksa ditangguhkan dan hanya akan dibuat pada awal Januari 2010. Ye ke? Chef Wan siap beritahu lagi tarikhnya kalau tiada aral melintang, pada 2 Januari 2010. Dari gaya Chef Wan bercakap tu, nampak benar dia memang dan bersedia sangat nak dapat menantu! Yang jelas, kalau Serina kahwin nanti, senang banyaklah Serina sebab yang sediakan menu sedap-sedap nanti adalah ayah dan abangnya, Nazri, 27, sendiri.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.