Latest News

Takziah: Isteri Ahmad Jais Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Mas Halilah Mas Nayeem, isteri kepada penyanyi terkenal, Datuk Ahmad Jais menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.21 malam, semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

Allahyarham yang berusia 69 tahun meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, darah tinggi, jantung dan paru-paru. Menurut Ahmad Jais, jenazah Allahyarham isterinya akan dikebumikan hari ini pada sebelah pagi di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.

Perkongsian hidup arwah dengan Ahmad Jais telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Maimun, 29. Ketika mahu menemubual Ahmad Jais, 73, yang mesra dengan panggilan Abang Mat, dia enggan mengulas lanjut.

“Jangan tanya banyak-banyak abang tengah sedih,” kata penyanyi veteran bersuara emas yang sebenarnya Ahmad Jais Ahmad.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu hitsnya seperti Di Ambang Sore dan Selamat Hari Raya ini menetap di Bukit Cerakah, Shah Alam. [sumber]

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.