Latest News

Inul Daratista akan terus bergelek walaupun bulan Ramadhan, rezeki ye sayang?

“Tergelak bergolek aku baca berita ini! haha Berdosa menolak rezeki.habis apa yang kau buat tuh tak ke dosa? Indonesia wahai indonesia.”

JAKARTA: Ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista, akan terus ‘bergelek’ pada Ramadan ini tetapi tidak secara keterlaluan.

Ketika ditanya wartawan baru-baru ini, sama ada penyanyi itu akan tetap menari gelek pada Ramadan ini, Inul hanya tersenyum.

“Ya, saya rasa biasa saja jika seseorang itu menyanyi sambil bergoyang-goyang sedikit. Apa yang penting, ia tidak dilakukan secara keterlaluan,” katanya yang dipetik sebuah akhbar tempatan.


Inul, bagaimanapun, mengaku secara peribadi, beliau perlu mengurangkan aksi gelek ‘melampau’ pada bulan mulia ini.

“Saya tidak ada masalah jika tidak perlu ‘menggerudi’. Saya juga tahu sekarang adalah bulan Ramadan,” kata penyanyi yang berasal dari Pasuruan, Jawa Timur ini.

Inul berkata, walaupun beliau memberi lebih banyak tumpuan kepada urusan menjaga anak pada Ramadan kali ini, penyanyi itu masih berkesempatan menghibur peminatnya dengan gelek gerudi.

“Saya bersama suami amat bersemangat untuk menjaga dan melihat perkembangan anak kami. Banyak pengalaman manis yang kami lalui bersama si kecil,” katanya.

Bagaimanapun kata Inul, beliau tidak akan menolak tawaran kerana ia adalah rezeki.

Berdosa menolak rezeki. Apa yang penting kita harus tahu untuk membahagikan masa antara anak dan kerja,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.