Latest News

Ustaz Asri Dalam Kenangan


Pemergian Mohd Asri Ibrahim atau mesra disapa Ustaz Asri meninggalkan kesan yang mendalam di dalam industri muzik tanah air. Perjuangan Allahyarham di dalam kumpulan Rabbani yang ditubuhkan pada 1 Mac 1997 berjaya mendapat sambutan peminat dengan aluan zikir dan menyebarkan dakwah melalui irama nasyid yang diperjuangkan.

Sebagai mengenang perjuangan Allahyarham, TV3 menerbitkan program 'Ustaz Asri Dalam Kenangan' selama satu jam pada hari Jumaat, bersamaan 21 Ogos, jam 6 petang. Program ini akan memaparkan kompilasi persembahan kumpulan Rabbani sewaktu Malam Sinar Maulidurrasul 1428H (2007) dan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H (2009) termasuk persembahan duet mereka bersama Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi.

Penonton juga akan dapat menyaksikan sedutan visual sewaktu pengebumian Allahyarham serta wawancara bersama ahli Rabbani yang lain. Di samping itu, penonton di rumah boleh menghantar ucapan takziah yang akan dipaparkan melalui 'crawler' ketika program disiarkan.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.