Latest News

Black Ganti Lan Untuk MUH?

Desas-desus yang mengatakan Black akan mengantikan Lan, Kimi (pengurus MUH, Nafisah Mohamat Yusof Khir), memberitahu Black bukan vokalis tetap walaupun dia terpilih menyanyikan single terbaru MUH yang berjudul “Drama King” yang sudah pun dimainkan di beberapa stesen radio tempatan.

“MUH memang puas hati dengan cara Black menyampaikan lagu itu, tetapi itu tidak bermakna Black akan dijadikan vokalis tetap. Apa yang boleh saya katakan, MUH masih berbincang tentang pengambilan vokalis baru. Bagaimanapun, Black akan menyertai MUH di pentas Rock The World 9 pada 19 Disember ini di Sunway Lagoon untuk mempersembahkan lagu “Drama King”. Tetapi ini tidak bermakna Black akan menyanyikan lain-lain lagu yang bakal dipersembahkan. Memang MUH sudah fikirkan calonnya, tetapi biarlah dirahsiakan buat masa ini. Kita sama-sama tunggu pada konsert itu nanti,” tambah Kimi lagi
.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.