Wan Rashidah atau lebih dikenali sebagai Wann pernah popular sekitar akhir 80an & awal 90an dan lagu-lagu Wann yang agak meletup ketika itu adalah seperti Lamunan Hati & Terlerai Kasih. Wann yang dilahirkan pada tahun 1970 di Kuala Kangsar, Perak ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd Israfael, 13 dan Natasha, 10 hasil perkongsian selama 14 tahun bersama Mohd. Thaza Hamzah.
Baru-baru ini MT telah mengesan penyanyi ini di Bukit Bintang untuk penggambaran video klip lagu terbaru beliau. Wah.. Wann telah membuat comeback rupanya! MT masih ingat lagi, sejak Wann berkahwin dahulu, terus beliau hilang dari dunia seni tanahair, katanya nak menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Kenapa baru sekarang buat comeback setelah sekian lama ye? Biasanya artis-artis lama ni akan buat comeback apabila ditinggalkan suami. Apa status Wann pula sekarang. Ada sesiapa yang tahu ke?
Jom layan gambar-gambar terbaru Wann untuk video klip terbaru beliau di Bukit Bintang di bawah:
Featured Post
POPULAR
Gambar Terbaru Wann, Penyanyi 90-an
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya minat wann.....
ReplyDelete