Latest News

Yanie Kekasih Aremeer Sofaz

Dari 6 anggota kumpulan Sofaz, tinggal 3 saja yang masih belum berkahwin iaitu vokalis utamanya Aremeer, Zimi dan One. Namun, dari 3 jejaka ini, hati Aremeer sudah pun sebenarnya telah dimiliki seorang gadis bernama Yanie. Malah, hubungan Aremeer dan Yanie ini sudah diketahui pihak media tempatan kerana Yanie juga bekerja dalam industri hiburan di sebuah syarikat rakaman.

Bercerita mengenai perkenalannya dengan Yanie, Aremeer menjelaskan sudah hampir 2 tahun lebih mengenali hati budi gadis tersebut. Sungguh pun begitu, Aremeer masih lagi berahsia apabila ditanya apakah cita-cita tersebut, jejaka ini hanya memberitahu ia terlalu peribadi untuk diberitahu.
"Kami masih belum bertunang lagi. Mungkin kami bertunang sehari sebelum bernikah. Saya tahu apabila bertunang, macam-macam cabaran akan dihadapi. Alhamdulillah setakat ini kami tak de apa-apa masalah. Selisih faham manja manja tu biasalah," ujarnya.
Menyedapkan lagi perisa cintanya itu, Aremeer mengakui mencintai Yanie disebabkan karektor beliau yang memahami dan petah bercakap.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.