Latest News

Majilis Pernikahan Serina Chef Wan








Keayuan anak gadis tunggal chef selebriti itu dengan baju kebaya moden tona merah jambu muda rekaan Ashley membuatkan ramai mata yang tertumpu kepadanya saat dipanggil dalam majlis merisik dan bertunang yang telah disempurnakan pada tengahari kelmarin (31/12/2009) di The Royale Chulan. Dalam majlis merisik yang penuh istiadat Melayu itu, Serina dengan sekelip mata saja sudah bergelar tunangan jejaka Irish berasal dari London, England, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.

Majlis merisik itu diserikan dengan sesi berbalas pantun yang menceriakan lagi majlis itu. Bakal pengantin perempuan diwakili oleh datuknya, Ismail Mohd Nor manakala pasangannya diwakili oleh Rahim Hashim. Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak, akhirnya pihak pengantin perempuan menetapkan wang hantaran sebanyak RM30,000, sebentuk cincin serba satu.

Serina menerima lima dulang hantaran berupa kek cawan, persalinan sutera Thai, tepak sirih, cincin solitaire jenama Tiffany & Co., set wangian dan membalas Gavin dengan tujuh hantaran iaitu kek, tepak sirih, persalinan songket, set wangian, bunga rampai dan halwa betik.


No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.