Latest News

Mawi Nafi Gosip Kahwin Lagi

gosip mawi kawin lagi

Nama Mawi makin hari makin tenggelam. Mungkin zaman kegemilangan Mawi sudah tamat. Kami pun rasanya dah lama tak dengar cerita Mawi. Tup-tup baru-baru ini terdengar khabar angin yang Mawi sudah berkahwin seorang lagi. Katanya gadis itu berasal dari Temerloh, Pahang.

Dari sumber yang sah tidak betul ini, katanya Ekin sendiri yang merelakan perkahwinan ini atas sebab-sebab tertentu. Ada suara-suara sumbang yang menyatakan Mawi teringin sangat bergelar seorang ayah lalu Ekin pun membenarkan perkahwinan itu. Dan ternyata kesemua khabar angin ini palsu belaka kerana Mawi telah menafikan gosip ini di Kosmo baru-baru ini. Kata Mawi:-

Saya setia kepada Ekin seorang! Saya dah lali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan negatif, jadi saya reda sahaja kali ini. Semua ini di luar kawalan saya.

Harap-harap Ekin tak mudah percaya dengan gosip sebegini. Kang tak pasal-pasal gaduh 3 hari 3 malam. Harap Mawi dan Ekin bersabar dengan dugaan yang mendatang ini. Biasalah hidup seorang artis. Kalau tak ada gosip-gosip manja macam ini memang bukan artislah jawapannya. Tak gitu?

sumber:beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.