Latest News

Konsert Mizz Nina Dan Kawan-Kawan Live Di Kota Kinabalu

mizz nina and frens

Siapa sini tak kenal Mizz Nina? Ada ke yang tak kenal penyanyi wanita yang bakal menjadi isteri Noh Hujan dan famous tahap gaban dengan lagu “What You Waiting For” ini? Kalau anda tak kenal, bermakna anda memang manusia yang tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan. Abang Nara pun tak tahu macam mana korang boleh tersesat kat blog nie. Misteri sungguh.

mizz nina and frens

Berita baik untuk rakyat jelata Kota Kinabalu. Mizz Nina dan kawan-kawannya bakal membuat konsert hebat di Kota Kinabalu pada 4 Jun (Sabtu) ini. Konsert ini dinamakan konsert “Mizz Nina and Frens” kerana penyanyi-penyanyi yang terlibat kesemuanya adalah kawan Mizz Nina semenjak dia berada di Teh Tarik Crew lagi. Antara yang bakal membuat persembahan ialah Joe Flizzow, Altimet, DJ Fuzz, DJ Cza, Sona One, Pop Shuvit, Stylustiks dan juga rapper dari USA, Theo Martins. Awesome kan?

mizz nina and frens

Jadi untuk penduduk-penduduk Kota Kinabalu, tandakan tarikh 4 Jun ini bertempat di SAZARICE SABAH MEGA CARNIVAL, LIKAS SPORTS COMPLEX bermula jam 7 petang sehingga 12 malam, Mizz Nina dan kawan-kawannya bakal menggegarkan tempat tinggal anda. Abang Nara berani jamin korang akan enjoy gila-gila punya. Selamat berhibur ~~~

sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.