Latest News

Soto Ayam & Nasi Tomato Pilihan Farid Kamil


Bila sebut pasal juadah Hari Raya pasti ramai yang mempunyai juadah kegemaran yang wajib disediakan ketika menyambut Hari Raya. Tidak terkecuali pelakon dan pengarah Farid Kamil yang turut mempunyai juadah kegemaran di pagi Raya. Soto Ayam dan Nasi Tomato merupakan juadah wajib bagi Farid, 30, ketika di Hari Raya.

"Juadah kegemaran saya adalah Soto Ayam dan Nasi Tomato yang dimasak oleh emak saya sendiri", katanya yang akan bercuti selama seminggu untuk beraya di kampung.

Ditanya tentang persiapan raya, Farid yang ditemui ketika sesi rakaman program Mega Raya memberitahu kali persiapannya lebih tertumpu kepada keluarganya.

"Kalau dari segi persiapan baju raya, saya banyak lagi baju melayu jadi persiapan kali ini lebih tertumpu kepada rumah emak saya. Kami adik - beradik akan keluar bersama untuk mencari biskut raya", ujarnya.

Raya kali ini, boleh dikatakan bermakna buat pengarah filem "Kongsi". Khabarnya Farid akan membawa kekasih hatinya iaitu pelakon cantik Diana Danielle, 20, beraya di kampung halamannya di Alor Setar.

sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.