Ada yang meminta kami kemas kini cerita tentang Ida Nerina dalam
bahagian komen entri lepas. Jadi kami telah melakukan sedikit ‘intipan’
tentang apa yang sedang dilakukan oleh pelakon wanita yang berbakat itu.
Hasil carian kami ialah Ida Nerina sedang dalam persediaan untuk mementaskan sebuah teater berjudul What’ll Break You /Apocalips yang bakal berlangsung pada 3 hingga 13 November ini di Pentas 2, KLPac, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Bukan itu saja, Ida akan menjadi pengarah teater ini yang membariskan
pelakon-pelakon seperti Zahim Albakri, Gavin Yap, Vince Chong, Stephanie
Van Driesen, Tania Khan dan Ash Nair. Teater ini diterbitkan oleh Susan
Lankester dan ditulis oleh Ivan Yeo.
Menerusi blog Ida Nerina, kami dapati dia adalah penulis pojok di The Star di mana dia menceritakan tentang kehidupannya. Dia baru saja mendapatkan kerusi roda baru yang dinamakannya Jessica Rabbit. Menurut Ida, kerusi rodanya super ringan, kalis bom dan berwarna merah menyala.
Ida Nerina mungkin tidak berlakon secara aktif lagi tetapi dia kini
sedang mengembangkan bakatnya dalam bidang kreatif yang lain. Dia
sentiasa bersyukur dengan perkara-perkara kecil dalam kehidupan yang
menceriakannya. Kami juga dengar cerita dia telah hadir menonton sebuah
teater di ibu kota dan kelihatan ceria beberapa hari lepas.
Korang boleh mendekati hasil kerjanya dengan hadir ke teater What’ll Break You /Apocalips. Tiket boleh dibeli di laman web KLPac dan ilassotickets. Untuk berita terkini tentang Ida, ikuti beliau di blog dan Facebook. Kredit foto www.idanerina.net.
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment