Latest News

A. Aida Mahu Jual Produk Beg Tangan China Berjenamakan Namanya

Pelakon A. Aida memberitahu portal media Murai dia akan mula berniaga beg tangan buatan China yang berjenamakan namanya. Menurutnya, idea itu timbul apabila dia melancong ke negara Tembok Besar itu:-

Saya ke Gongzhou, China pada masa itu hanya untuk melancong bersama rakan-rakan.

Namun setelah dibawa mengunjungi gedung beg tangan di sana, saya terus tidak berfikir panjang dan membeli sehingga 20 kotak beg tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

Daripada bertujuan untuk makan angin saja, saya terus teruja untuk membuka perniagaan beg tangan bila pulang ke Malaysia.

Ini mengingatkan kami yang satu ketika dahulu, AC Mizal juga menempah barang dari China yang kemudiannya diletakkan dengan namanya. Langkah A. Aida memang berani, tetapi untuk pasaran tempatan, beg-beg tangan dari China memang sudah ada pengimport dan dijual dengan harga berpatutan di seluruh Malaysia.

Setelah melihat maklum balas yang memberangsangkan di sini, saya sudah berbincang dengan pihak Careefour untuk membuka beberapa cawangan beg tangan A.Aida Collection di cawangan Carrefour yang lain juga.

Insya-Allah juga selepas ini bakal keluar beg tangan jenama A.Aida yang saya tempah di China. Malah saya sudah menempah lima rekaan beg tangan untuk dicetak kepada nama saya.

Senario biasa bila memjenamakan produk dari China, akan ada rekabentuk produk yang sama juga dijual tetapi tidak mempunyai jenama atau menggunakan jenama lain. Ini ialah kerana siapa saja boleh meletakkan logo atau jenama apabila membeli produk-produk dari China secara pukal untuk dijual kembali di sini. Apa pun, sekurang-kurangnya dia jujur, dan mungkin nama A. Aida boleh menyebabkan beg-beg laku seperti cempedak goreng panas? Bersama kita nantikan.

sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.