Latest News

Apek Nak Gantung


Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak menafikan pernah terfikir bersara awal daripada karier kesayangannya itu gara-gara tidak tahan dilanda kontroversi demi kontroversi membabitkan kisah di luar padang.

Mengakui lemas apabila sering dihambat dengan cerita sensasi dipaparkan media, Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek merayu dia diberi ruang untuk memberi tumpuan kepada kariernya.


“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas

. “Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sini, semalam.

Pada majlis itu, penjaga gol berusia 22 tahun itu meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik buat tahun kedua berturut-turut berikutan kecemerlangannya membantu Kelantan muncul juara Liga Super musim lalu.


Apek turut menjadi tonggak kejayaan skuad bawah 23 tahun negara yang mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia, baru-baru ini.


Bagaimanapun, reputasi pemain kelahiran Kota Bharu itu tercalar dengan kontroversi terbaru membabitkan penyebaran lima gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar menerusi beberapa blog hiburan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

1 comment:

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.