Latest News

Fida Akui Kawan Rapat Dengan Seorang VIP, Sudah Bertemu Keluarga


Lama juga kami tidak mendengar kisah terbaru Gadis Pantene ini selepas patah hati dengan Mamat, bekas anggota kumpulan Sepah beberapa bulan lalu.

Kami sempat bertemu mata hari ini dengan Fida Ibrahim yang hadir ke majlis pelancaran laman media sosial tempatan, mface.me.

Sempat juga kami bertanyakan perihal perkembangan gadis ini dan Fida Ibrahim selama ini sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama siri & telemovie.

Bukan Rotikaya namanya kalau tidak mengajukan soalan panas berbaur peribadi & kontroversi. Kami tanyakan kepada tuan badan adakah benar gossip dan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan seorang VIP juga ahli bergelar perniagaan?

Fida Ibrahim pada mula’nya enggan memberikan komen kemudian akur dan berkata memang beliau kini ada berkawan dengan orang yang para media maksudkan tetapi bukan sebagai kekasih.

“Hubungan kami lebih kepada seorang mentor perniagaan kepada seorang orang baru dalam bidang ini yang memerlukan bimbingan dan nasihat — maklumlah saya baru bertatih untuk mulakan bisnes tudung saya,” ujar Fida Ibrahim kepada media.

“Dia pun sudah bertemu keluarga saya dan keluarga saya tahu hubungan kami tetapi kami tidak merancang apa apa yang serius dalam masa terdekat”


sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.