Perkenalan antara Fida dan “S” sudah terjalin lama namun mereka berdua mula rapat selepas Fida clash dengan Mamat. “S” merupakan seorang ahli perniaagaan dan banyak memberi Fida tunjuk ajar untuk mengembangkan lagi businessnya. Kata Fida:-
Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja. Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali.
Dan untuk makluman, Fida dan Mamat sudah tidak berhubung langsung selepas clash hari itu.
Bagi saya perkara yang lepas, biarlah berlalu. Kami tidak lagi berhubung, lagi pun ketika kami berdepan konflik tersebut, saya tidak melihat kesungguhannya untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.Biarlah saya jalani hidup hari ini dengan pengalaman baru. Saya doakan yang terbaik untuk apa sahaja perkara yang dilakukannya.
Kepada Fida, selamat menjalani alam percintaan bersama “S” dan moga cepat-cepat bertemu jodoh. Kredit berita kepada Mstar.
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment