Latest News

6ixth Sense Rakam Album Khas Sempena Bulan Ramadhan, Tentang Kita


Kumpulan ini mempertaruhkan single Penerang Hati bersama Saujana sebelum ini untuk memulakan langkah mereka dalam muzik berunsur kerohanian buat peminat.

Nyata pertaruhan mereka menjadi apabila lagu Penerang Hati menjadi siulan ramai dan memanjat tangga carta muzik di radio tempatan selain menjadi pilihan karaoke peminat.

Bersempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, 6ixth Sense tampil dengan sebuah album khas yang mengandungi 6 buah lagu berunsur kerohanian termasuk Penerang Hati.

Album ini di’beri judul Tentang Kita sebagai satu simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira situasi apa pun seseorang manusia itu berada.

Altar Cinta ciptaan penuh vokalis 6ixth Sense, Adi menjadi pertaruhan awal untuk album ini dan kini sudah pun di’mainkan di radio radio utama Malaysia bermula 18 Julai 2012 yang lalu.

Lagu lain yang terdapat dalam album Tentang Cinta ini termasuklah Ayah Dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat) dan ya, antaranya adalah lagu yang di’beri nafas baru oleh 6ixth Sense dair nyanyian asal Nowseeheart & Hijjaz.



sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.