Latest News

Nora Danish Mengaku Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang


Aktress popular Malaysia ini antara mereka dalam senarai kisah cinta yang patut di’pantau untuk tahun 2012 ini dan menariknya ada kisah baru berkaitan diri beliau.

Beberapa kali di’landa gossip ringan mengatakan Nora Danish sedang bercinta dengan individu tertentu, pelakon ini kerap menafikan mana mana gossip hubungan cinta.

Namun kali ini, nampaknya Nora Danish seakan lebih selesa untuk berkongsi kisah cinta baru beliau dengan seseorang yang khabarnya masih di’peringkat awal hubungan.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Nora Danish mengakui yang beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang tetapi enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

“Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.”

“Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita,” tambah Nora Danish lagi.

Bagus juga untuk Nora Danish memulakan satu hubungan baru yang lebih serius, maklumlah sudah bertahun hidup seorang diri membesarkan anak lelaki beliau Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.



sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.