Nampaknya minggu ini memang minggu Zed Zaidi. Pagi tadi, kira-kira jam 9.30 pagi, Zed Zaidi telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ryan Ziqry. Bayi seberat 4.32 kilogram ini telah dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Tropicana. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Zed Zaidi dan isteri atas berita gembira ini.
Zed Zaidi nyata teruja kerana mendapat peluang melihat kelahiran anak sulungnya apabila dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan. Teringat kenangan Abang Nara masa melihat wife dibedah untuk melahirkan anak. Abang Nara tak sanggup nak tengok sebab takut dengan darah. Memang pengalaman tersebut tak boleh digambarkan dengan kata-kata seperti kenyataan Zed Zaidi di bawah:-
Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat.
Apa pun jutaan tahniah kepad Zed Zaidi dan isteri, Natalia Mustafa Kamal atas kelahiran bayi sulung mereka ini. Semoga Ryan Ziqry akan membesar dengan sihat. Selamat bergelar ayah dan ibu. All the best dan good luck!!!
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment