Latest News

Datuk Yusof Haslam – Teguran Ialah “Borak Kosong” Dengan Wartawan, Anggap Neelofa Seperti Anak Sendiri

Datuk Yusuf Haslam dikatakan telah mengeluarkan kenyataan untuk Neelofa agar tidak lupa diri dalam sebuah ruangan pojok sebuah akhbar Ahad lepas. Bagaimanapun, beliau yang duhubungi mStar Online pada Isnin berkata yang dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri. Malah kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.


Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.

Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah.

Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya,.

Neelofa dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.

Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.

Dalam pada itu, Neelofa berkata yang ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah.


Dia menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.

Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.

Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.

Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga.

Jadi diharap dengan penjelasan daripada Neelofa dan Yusof Haslam ini, semua persoalan anda telah terjawab. Diharap Neelofa akan terus maju jaya di masa hadapan. Mana tahu suatu hari nanti Neelofa akan jadi bintang seperti yang diramal oleh Yusof Haslam.




sumber
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.