Siapa yang melekat di kaca televisyen Aidilfitri lalu, pasti tahu akan kewujudan sebuah program bernama Lemang Sebatang dan ya, ia’nya program Azwan Ali.
Al-kisahnya, seorang peminat hiburan di forum Cari bercerita kisah yang Azwan Ali masih berhutang dengan pelakon ekstra untuk program tersebut sehingga hari ini.
Menurut sumber, Azwan Ali menjanjikan bayaran sebanyak RM50 untuk tiga hari berkerja buat setiap pelakon ekstra yang terlibat namun sesen pun tidak di’terima.
Bukan setakat tidak menerima bayaran, para pelakon ekstra ini juga tidak di’berikan makan minum sepanjang tiga hari bekerja — yang ada, makan maki hamun.
Kami faham situasi penggambaran, bukan boleh elak sangat situasi tekanan yang boleh mengundang maki hamun tetapi jika layanan dan bayaran tidak setimpal, memang parah.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment