Latest News

Kisah Hijrah Nurul Syuhada Nurul Ain

Pasti ramai yang tertanya-tanya kisah di sebalik penghijrahan Nurul Syuhada Nurul Ain memakai tudung baru-baru ini. Setelah dilihat muncul di MHI dengan imej barunya itu, rasanya Nurul Syuhada tidak pernah tampil di mana-mana media untuk menceritakan kisah di sebalik penghijrahannya.

nurul syuhada nurul ain


Namun hari ini menerusi sisipan B*POP Berita Minggu, Nurul Syuhada memberitahu yang dia sudah lama berniat untuk memakai tudung. Selepas mengerjakan umrah pada bulan Januari, keinginan itu bertambah-tambah. Kata Nurul Syuhada:-

Selepas menonton sebuah rakaman video yang diberikan keluarga mentua bersama keluarga, hati saya terus tergerak untuk menutup aurat. Betul kata orang, apabila kita berniat untuk berubah ke arah kebaikan, Allah akan membentangkan laluannya. Kebetulan amanah itu saya laksanakan ketika umat Islam sedang berpuasa, membuatkan saya begitu menikmati keberkatan bulan suci ini.

nurul syuhada


Disokong kuat oleh suaminya, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Nurul Syuhada di bawah ini yang menunjukkan kematangan dan kefahamannya yang sangat tinggi:-

Pada hari pertama, saya berasa seperti di awang-awangan kerana tidak percaya dengan perubahan diri. Saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan kerana percaya lama kelamaan saya akan dapat menerima perubahan itu. Saya tetap Nurul Syuhada yang sama, cuma perlu lebih berhati-hati terutama dari segi tingkah laku dan tutur kata untuk tidak mencemar imej yang dibawa.

Abang Nara percaya imej baru Nurul Syuhada ini sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada peminatnya. Mungkin ada yang tidak bertudung sebelum ini tergerak hati untuk bertudung setelah melihat Nurul Syuhada berbuat sebegitu. Semoga Nurul Syuhada kekal dengan imej sebegini dan tidak menjadi mangsa fesyen tudung seperti sesetengah selebriti. Keep up the good and nice appearance.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.