Ini satu perkembangan yang agak menarik sebenarnya, itu pun kalau
Nabil Raja Lawak masih mampu bersifat kelakar seperti dahulu kala. Okay
kami gurau, Nabil masih kelakar.
Malaysian Digest hari ini
melaporkan yang Afdlin Shauki telah mengesahkan yang Nabil Raja Lawak
kini merupakan anggota terbaru kumpulan Boboi yang sebelum ini hanya
berdua.
Menurut Afdlin Shauki, penawaran itu di’buat selepas Nabil masih
berkira kira sama ada untuk menyertai Maharaja Lawak Mega musim kedua
atau tidak secara solo.
Pernah bekerjasama beberapa kali, Afdlin Shauki merasakan penambahan
Nabil ke’dalam kumpulan Boboi ada keserasian dan kini menggambarkan tiga
generasi pelawak.
Boboi yang turut di’anggotai oleh Harun Salim Bachik bakal memeriahkan pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya, KL selain muncul semula di pentas Maharaja Lawak Mega 2
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment