Kalau ditanya kepada orang ramai, pasti ada yang memilih Ally
Iskandar dan Farah Lee sebagai pasangan suami isteri yang paling sweet.
Mungkin wajah mereka berdua memang sweet dipandang tetapi Abang Nara
yakin dan pasti imej bersih mereka menyebabkan ramai yang menggemari
pasangan ini.
Nampak bergaya pulak Ally Iskandar dengan cermin matanya itu. Banyak
perkara menarik yang boleh dibaca tentang pasangan ini di dalam Majalah
Mingguan wanita edisi terbaru ini. Namun Abang Nara paling suka ayat
yang dituturkan oleh Ally Iskandar ini.
Kami selesa dikenali sebagai orang yang sederhana, sama seperti orang lain cuma yang membezakan mungkin kerjaya serta dunia yang kami lalui sekarang. Hakikatnya, manusia sama sahaja, tak kiralah artis atau siapa sahaja.
Merendah diri sungguh Ally Iskandar ini. Mungkin itu salah satu sebab
mereka berdua disenangi oleh orang ramai. Abang Nara doakan agar
pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Lagi 8 keping gambar
pasangan romantis ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment