Kalau sudah namanya selebriti, perkara baik sebegini walau pun tidak mahu di’hebahkan pasti akan sampai juga ke telinga peminat dan terima kasih buat Galaksi.
Dalam program hiburan di TV9 itu, Diana Amir hari
ini telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan
orang & lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz.
Melalui laporan eksklusif Galaksi, terpapar gambar Diana Amir &
tunang beliau seorang ustaz yang pada kami cukup tampan sedang memotong
kek bersama. Ah romantis.
Namun laporan tidak menyebut nama tunang Diana Amir mahu pun tempoh
pertunangan mereka sebelum pasangan ini bakal di’satukan dengan ikatan
perkahwinan sah.
Diana Amir turut memberitahu yang majlis tunang ini sengaja beliau
senyapkan & akan memberitahu kepada umum apabila mereka mempunyai
tarikh untuk berkahwin nanti.
Tahniah buat Diana Amir & pasangan. Semoga jejaka tampan ini
merupakan imam yang di’cari Diana Amir selama ini. Kahwin, sila jemput
kami di’sini. Heh.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment