Sedih sungguh Abang Nara membaca luahan hati Othman Hafsham ini.
Menurut Othman, selama ini Media Prima dan Astro membayar hasil karya
penggiat seni dengan harga yang murah dan mendukacitakan. Namun oleh
kerana tiada pilihan lain, nak tak nak mereka terpaksa juga menjual
produk yang dihasilkan kepada stesen-stesen ini.
Inilah yang terjadi bila monopoli terjadi. Sedikit luahan hati Othman
Hafsham yang diterbitkan menerusi Pancaindera semalam untuk tatapan
anda:-
Media Prima misalnya telah memonopoli empat buah stesen televisyen di bawahnya. Bayaran yang diberikan kepada hasil seni kita teramat mendukacitakan tetapi penggiat seni tiada pilihan untuk menjual hasil produk mereka. Bayangkan Media Prima sahaja ada empat stesen televisyen dan semua menetapkan harga yang sama dan murah. Macam mana kami semua nak hidup.Bukan sekadar bayaran yang terlalu murah, bahkan ada bayaran sampai sekarang tidak dibayar penuh. Mereka (stesen televisyen) sepatutnya memikirkan tentang perasaan kami dan jangan hanya mengaut keuntungan semata-mata. ?Terus terang saya cakapkan, kami semua memerlukan duit untuk pusing balik modal kami. Kami bekerja untuk duit bukan syok sendiri.?Saya harap jumlah bayaran perlulah diubah mengikut peredaran zaman sekarang. Bayaran untuk satu skrip atau drama yang sudah siap tidak berubah sejak berzaman lamanya
Namun menurut Othman Hafsham, hanya stesen RTM sahaja yang membayar
pihak industri seni dengan harga yang setimpal dengan kerja yang
dilakukan.
Bukan saja Media Prima, Astro pun sama. Sepatutnya mereka syarikat besar jadi bayaran juga perlulah besar, saya bukan menuntut untuk diberi bayaran yang cukup tinggi tetapi biarlah memadai dengan penat lelah kami menyiapkan naskah tersebut.
Kesian kan? Mungkin sebab itu kita selaku penonton-penonton sering
disajikan dengan drama-drama yang kurang bermutu tinggi. Bukan salah
pihak produksi sepenuhnya. Kalau memang tak ada duit, macam mana nak
hasilkan sesuatu yang bagus? Semoga pihak-pihak yang terlibat membuka
mata dan berjuang untuk mempertahankan hak mereka.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment