Hari ini ialah hari yang amat gembira untuk insan yang bernama Rita
Rudaini. Setelah begitu lama menghabiskan masa di mahkamah untuk kes
penjagaan anaknya bersama Aidil, hari ini mahkamah telah membatalkan
permohonan suaminya itu. Mahkamah telah memutuskan yang Aidil gagal
mendapatkan hak penjagaan (hadanah) terhadap 2 orang anak mereka.
Rita Rudaini melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah atas kemenangan
ini yang sekaligus membuktikan dirinya berada di pihak yang benar. Rita
turut berkata yang dirinya tidak pernah membuat salah dan tidak pernah
berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan. Kata Rita
kepada Sinar Harian:-
Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti. Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali. Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan) maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah.
Semoga dengan kemenangan ini kehidupan Rita akan lebih selesa, gembira dan selamat di samping anak-anak tercinta. Amin ~~
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment