Latest News

Saya Terima Dan Hormati Setiap Teguran – Nora Danish

Susulan tampil seksi di dalam Kosmo Ahad baru-baru ini, Nora Danish hari ini memberitahu Harian Metro yang dia menerima dan menghormati setiap teguran yang diberikan terhadap dirinya. Bagi Nora, itu tanda dirinya disayangi oleh peminat-peminat di luar sana.
nora danish
Abang Nara suka dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Nora Danish. Penuh lembut dan tidak melenting. Memang bertambah respek dibuatnya. Kata Nora:-
Begitu juga dengan soal seksi dan berpakaian yang banyak kali saya ditegur. Saya terima dan menghormati setiap teguran itu kerana jujurnya saya melihat ia satu perkembangan yang baik buat diri saya secara peribadi. Setidak-tidaknya mereka sayangkan saya dan kerana itu tidak henti mereka berpesan dan menegur. Ia bagai satu doa yang terus memberikan saya inspirasi positif buat diri saya. Mana tahu, jika pesan itu berterusan ia akan mengubah diri saya. Semua itu kerja Tuhan dan saya terima dengan hati terbuka.
nora danish
Dan ada berita baik yang turut dikongsi oleh Nora Danish kepada jejaka-jejaka di luar sana. Dirinya masih single, masih tiada teman istimewa dan masih mencari si dia yang bertuah. Kata Nora:-
Saya tidak mempunyai sesiapa yang istimewa lagi. Sejak berpisah lebih empat tahun lalu, saya masih sendiri memberi tumpuan penuh kepada kerjaya, keluarga dan keutamaannya pada Rayqal yang makin membesar. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan sentiasa mengharapkan kebahagiaan ini berterusan. Namun saya ada berkawan dan mengenali beberapa individu. Semuanya hanya kawan dan tidak pernah lebih daripada itu. Jika tertulis saya dipertemukan dengan mana-mana lelaki yang sempurna membimbing, saya akan kongsi dengan peminat nanti. Doakan saja segala yang baik buat saya
Abang Nara agak pelik kenapa tiada orang kenamaan yang cuba mengorat Nora Danish. Selalunya orang secantik Nora Danish ini tidak akan dibiarkan single terlalu lama. Pasti ada mereka yang berkedudukan tinggi akan menyambar seperti helang meragut mangsa. Apa pun Abang Nara doakan agar Nora Danish cepat-cepat bertemu dengan jejaka yang mampu mengisi kekosongan hatinya itu.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.