Patutlah Ayu Raudhah kata dia mahu berehat sementara daripada dunia lakonan.
Rupa-rupanya Ayu telah pun hamil 3 bulan. Jutaan tahniah Abang Nara
ucapkan kepada Ayu dan Zaquan atas berita gembira ini. Patutlah Abang
Nara tengok wajah Ayu berseri-seri semenjak dua ini.
Yang menariknya Zaquan turut merasa loya di awal kehamilan Ayu Raudhah. Kata Ayu kepada Media Hiburan:-
Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan. Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya.
Orang tua-tua kata kata kalau suami loya itu bermakna si suami sayang
sangat kepada isterinya. Semoga dengan kehadiran cahaya mata kelak,
kasih sayang Zaquan dan Ayu akan bertambah kukuh. Sama-samalah kita
doakan agar segalanya berjalan lancar buat pasangan ini.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment