Latest News

Amy Search Kecewa Anaknya, Nabila Huda Pakai Seksi Di Anugerah Blockbuster

Hati ayah mana yang tidak kecewa melihat pakaian anak perempuan yang terlalu seksi ketika menghadiri sesuatu majlis. Pastinya Amy Search tidak terkecuali apabila anaknya, Nabila Huda tampil dengan pakaian yang menunjukkan sebahagian dada dan perutnya di malam Anugerah Blockbuster baru-baru ini.
nabila huda seksi
Kata Amy kepada Mstar Online:-
Seperti bapa-bapa lain, saya tidak akan bersetuju dan suka jika anaknya berpenampilan begitu. Sebab itu, semasa Nabila menjadi penyampai anugerah bersama Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah sudah ditutup dengan sehelai kain. Dia sudah cukup dewasa dan boleh berfikir sendiri. Jangan bagi sedikit pun ruang kepada orang untuk mengata dan menjatuhkan kita.
nabila

Untuk yang tidak tahu, semasa Nabila Huda tampil ke atas pentas untuk menyampaikan anugerah, dia telah menutup bahagian dada dan perutnya yang terdedah dengan sehelai kain. Pasti majlis tersebut akan kecoh sekiranya Nabila tidak berbuat demikian. Namun begitu Nabila memohon maaf sekiranya fesyennya itu menimbulkan rasa kurang senang.
Saya minta maaf kepada semua pihak sekirangnya fesyen tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dan saya bertanggungjawab
Nabila Huda pun dah besar panjang bak kata ayahnya. Sepatutnya perkara sebegini tidak wajar berlaku. Menjadi artis bukan tiket untuk memakai pakaian yang seksi melampau. Semoga kontroversi ini akan menjadi pengajaran buat Nabila dan tidak akan mengulanginya lagi di masa hadapan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.