Jika
tahun lepas Elfira Loy berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu
Terbaik menerusi Drama Kum kum pada Anugerah Skrin 2011, tapi bagaimana
pula nasibnya pada ASK 2012 kali ini?
Gadis
Remaja yang ramah dan mudah dibawa berbual ini memaklumkan kepada crew
kami bahawa kemenanganya pada tahun lepas adalah sesuatu yang tidak
diduganya. Apatahlagi hadirnya ke dunia lakonan ini bukanlah hanya
kerana Anugerah semata-mata.
Ujarnya
“Harapan saya di Anugerah Skrin 2012 ni mestilah nak menang dan saya
percaya itu juga menjadi harapan semua individu yang tercalon. Tapi
bagi saya dah tercalon pun kira ok sebab saya berlakon bukan kerana
kemenangan mahupun anugerah semata-mata. Saya lebih mengangap sebarang
bentuk Anugerah yang diterima itu sebagai satu bonus dalam kerjaya saya.
“Tujuan
saya berlakon untuk orang nampak apa bakat yang saya miliki. Lagipun
saya bukan jenis orang yang reti untuk meletakkan harapan yang tinggi
bagi menang anugerah dan sebagainya, sebab bagi saya kalau kita fokus
pada kerja yang dibuat insyallah orang akan nampak usaha yang telah saya
lakukan dan itu satu kemenangan yang nyata sebenarnya.”
Bagi
persaingan untuk setiap katogeri yang disertainya pula Elfira
memaklumkan bahawa persaingan itu tidak datang dari satu pihak sahaja,
kerana baginya semua yang tersenarai mempunyai kekuatan masing-masing
jika tidak masakan mereka pun boleh tercalon untuk anugerah yang
berprestij ini.
Mengakhiri
perbualan kali ini Elfira berharap agar juri yang dilantik melaksankan
pemilihan nampak bakat yang ditonjolkan selama ini, sambil mengakui
setiap juri yang diakui kredibilitinya ada kriteria pemilihan yang sudah
ditetapkan.
“Jika
saya memang sudah tentulah saya orang yang paling gembira sebab
nampaknya orang makin lama makin nampk bakat saya. Suka juga kalau
menang sebab rasa seperti dihargai atas apa yang telah saya usahakan
selama ini. Kalau sebaliknya pula ini menunjukkan yang saya perlu
berusaha lebih kuat lagi untuk memastikan tahap lakonan saya sentiasa
lebih baik dari sebelumnya.” Elfira Loy
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment