Pertamanya Abang Nara ingin memohon maaf kepada Emma Maembong dan
peminat-peminatnya. Ada yang mencarut, bagi death threat dan mencaci
Abang Nara kerana entri “Itu Gambar Saya Ketika 15 Tahun“. Fanatik juga peminat Emma Maembong ini rupanya.
Kenyataan Emma Maembong di dalam entri tersebut Abang Nara petik
daripada portal Murai. Namun selepas sedikit komunikasi menerusi SMS
bersama tuan punya badan sendiri, Emma menafikan pernah mengeluarkan
kenyataan sebegitu. Emma dengan SMS yang cukup berhemah dan sopan telah
menerangkan kepada Abang Nara kenyataan sebenarnya. Abang Nara olah
sedikit namun maksudnya tetap sama.
Gambar-gambar itu diambil masa usia Emma masih budak-budak. Seperti orang lain, masa itu Emma pun mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Pemikiran pun tidak matang. Apa yang kawan-kawan pakai, Emma pun pakai juga. Dalam hidup kita, semua orang ada sejarah silam masing-masing. Sejarah ini tak boleh dipadam namun semuanya Emma ambil sebagai pengajaran. Masa remaja kita sering buat sesuatu tanpa berfikir panjang, namun bila dah dewasa kita barulah kita sedar. Emma mohon maaf atas kisah silam Emma. Emma pun baru 4 bulan dalam industri ini. Jadi Emma mohon maaf kepada semua atas kisah silam Emma ini.
Abang Nara nampak keikhlasan dan kejujuran Emma Maembong memohon maaf atas kesilapan masa silamnya. Abang Nara rasa kenyataan “Orang
akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya
saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium
serta berpeluk sahaja” tidak pernah dikeluarkan oleh Emma. Biasalah
kadang-kadang memang ada tokok tambah daripada media untuk menyedapkan
lagi cerita.
Kepada Emma, semoga tabah menghadapi kontroversi di dalam dunia
hiburan. Anggap sahaja ini sebagai cabaran dan peluang untuk nama anda
lebih dikenali. Secara jujur, Abang Nara nampak Emma ada pakej yang
lengkap untuk terus popular. Good luck and all the best kepada Emma di
masa hadapan.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment