Latest News

Kuswadinata Semakin Tenat, Tiada Harapan Untuk Hidup

Sedih sungguh Abang Nara membaca perkembangan terkini mengenai Seniman Kuswadinata di Mstar Online hari ini. Beliau kini sedang berada di dalam keadaan tenat akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.
kuswadinata tenat
Yang paling menyedihkan ialah apabila doktor mengesahkan yang Kuswadinata sudah tiada harapan untuk hidup lagi. Namun kuasa Allah siapa yang tahu. Sama-samalah kita doakan agar keajaiban boleh berlaku. Menurut anak Kuswadinata, jantung ayahnya boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja. Katanya:-
Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan.
kuswadinata tenat
Bagi Abang Nara, Kuswadinata ialah seorang pelakon lagenda di Malaysia ini. Sama-samalah kita doakan agar keadaan Kuswadinata yang berusia 74 tahun akan bertambah baik. Amin ~~

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.