Apa
cerita Misha Omar? Agak lama menyepi menyembunyikan diri, ramai juga
sangsi dan bergosip yang kononya Misha kini sudah bergelar Isteri.
Benarkah?
Kami
pasti anda pun sangsi dengan cerita sebegini. Lantaran itu
berkesempatan bersua muka denganya di sidang media ASK 2012 baru-baru
ini memberi peluang kepada kami bertanyakan hal sedemikian.
Memperkatakan
tentang masa depan rumah tangganya Misha memaklumkan yang sehingga kini
beliau dan tunangnya masih belum ada tarikh yang tetap untuk majlis
pernikahanya nanti.
Ujarnya
“Saya masih belum membuat apa-apa persiapan lagi sebab tidak ada tarikh
tetap lagi bila kami akan bernikah. Jadi persiapan akan dibuat sebaik
sahaja sudah ada tarikh yang sesuai dan saya tak terasa akan
mempercepatkan pernikahan kami kerana bagi saya lebih baik tangguhkan
majlis dahulu daripada membatalkanya terus.”
“Lagipun
saya kena memahami kerja tunang saya dan bagi peluang untuk dia
mengembangkan kerjayanya lagi. Saya pun tak terlalu mendesak sangat dia
untuk mempercepatkan pernikahan kami kerana saya faham tugasnya dan
akan buat keputusan bila dia dah bersedia.”
Ok!!.
itu kisah tentang perkahwinanya. Bagaimana pula dengan nyanyian?
Benarkah singlenya yang terbaru kurang mendapat sambutan? Dengar kata
juga lagunya itu jarang sekali diputarkan di radio. Dimana Silapnya?
Bertanyakan hal itu sendiri kepada Misha, beliau mengakui yang single
terbarunya berjudul Angin Syurga gagal mendapat tempat di hati
pendengar.
Menurut
Misha “Saya akui single terbaru saya Angin Syurga itu tidak mendapat
respon yang baik dari peminat-peminat. Saya pun kurang pasti di mana
silapnya. Mungkin lagu itu tidak bertepatan dengan cita rasa mereka
agaknya. Ataupun mungkin belum nasib saya barangkali. ”
Hal
sedemikian menurut Misha tidak mematahkan semangatnya untuk terus
bernyanyi seperti biasa kerana bidang nyanyian sudah menjadi darah
dagingnya.
“Insyallah
saya sekarang sedang menyiapkan album penuh yang ke 4 pula dan dijangka
akan keluar pada awal tahun 2013. Apa yang terjadi kepada single
terbaru iaitu Angin Syurga tidak mematahkan semangat saya untuk terus
berkarya. Bagi saya sebagai seorang anak seni seharusnya kita tahan
diuji dengan cabaran sebegini. Tidak semestinya jika seseorang itu sudah
dikenali maka karya-karya yang seterusnya boleh diterima peminat.” Ujar
Misha
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment