Latest News

Nad Zainal Kekwat & Kurang Ajar!

Agak Keras juga dakwaan yang dilemparkan kepada pelakon baru ini iaitu Nad Zainal. Gadis kecil molek ini didakwa sebagai seorang yang sukar untuk memberikan kerjasama, Kurang ajar dan juga digelar sebagai Kekwat.

Nad Zainal

Agak mencari nahas jika apa yang disampaikan itu adalah sesuatu yang sahih. Sudahlah masih mentah dalam industri ini tapi lagaknya sudah di cop sebagai artis yang penuh dengan masalah.
Lebih memeritkan lagi apabila crew kami sendiri diberitahu bahawa Nad zainal ini sebenarnya sudahpun di boikot oleh beberapa wartawan hiburan akibat masalah disiplinnya. Dan agak mengejutkan juga apabila ada yang membisikkan kepada salah seorang crew kami agar jangan menemuramah beliau dan jika boleh jangan memberi publisiti kepada pelakon ini. Apakah? Kurang Ajar sangatkah sampai dibenci sebegitu rupa?
Tidak mengambil sikap berat sebelah crew kami berjaya mendapatkan Nad Zainal bagi bertanyakan akan hal ini. Ternyata tuan empunya badan sendiri berasa terkejut dan agak berang dengan apa yang kami tanyakan itu.

Nad Zainal

Ujarnya “Saya Kurang Ajar dan tak angkat call? Hp saya ni sentiasa ada dekat tangan saya. Mustahil saya tak perasan setiap kali ada panggilan ataupun mesej. Saya tak tahu macam mana isu ini boleh timbul.”
“Kalau betula ada wartawan yang nak boikot, saya tak kisah. Lagipun saya tak ada buat hal dengan orang lain. Pasal isu kurang ajar pula saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya ni kurang Ajar ke?. Mungkin ada soalan yang saya jawab kurang menyenangkan mereka. Kalau ikut perwatakan saya memang macam ni la. Agak kasar sikit. Tapi bila saya ada berjumpa mana-mana wartawan ataupun orang ramai saya pun tahu juga nak hormat mereka.”
“Bagi saya mudah je, mungkin sebab tak ada isu panas tentang saya maka diadakan cerita pasal attitude saya pula. Susah la macam ni. Kalau tak jawab salah, jawab ada yang terasa hati pula. Tak apalah kalau mereka nak kata saya macam tu dari pada kata saya ni ada gambar seksi & bogel. Mungkin diorang tak kenal saya lagi.” Ujarnya
Baginya kalau boleh dia mahu dikenali kerana bakat yang ada padanya, bukan kerana gosip mahupun kontroversi seperti ini. Walaubagaimanapun menurut Nad Zainal, hal-hal seperti ini memang sudah dijangkanya apabila mula bertapak didalam industri ini, memandangkan perwatakanya boleh memberi satu persepsi yang mampu disalah erti seperti apa yang berlaku sekarang.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.