Kami
yakin masih ramai peminat diluar sana akan ingat lagu Salam Untuk
Kekasih nyayian oleh Nadia @ Zarina Mohd Ali ataupun lebih dikenali
dengan Nadia. Apa cerita terkini penyanyi yang berasal dari Sabah ini?
Hampir
13 tahun dirinya bersembunyi dan menghilang dari arena industri muzik,
benarkah Nadia kecewa dengan perjalanan seninya sehingga mengambil
keputusan untuk memecilkan diri dari dunia yang penuh dengan kehibaan
populariti ini.
Berkesempatan
bersua muka denganya baru-baru ini menampakkan aura positif buat
penyanyi yang bersuara serak basah ini. Alur senyumanya bagaikan
tersembunyi kisah selama 13 tahun hilangnya dari dunia seni. Lantas crew
kami bertanya kemana dirinya pergi selama ini.
Ujar
Nadia menyusun bicara “Saya dulu berhenti menyanyi kerana mahu memberi
tumpuan kepada urusan rumahtangga yang telah dibina pada waktu itu. Jadi
saya tinggalkan dunia seni. Tapi itu dulu, sekarang sudah hampir 2
tahun saya sudah berpisah dengan bekas suami. Jadi bila dah kembali solo
ni ada banyak masa untuk berkarya dan sebab itu saya membuat kemunculan
semula berbekalkan sebuah lagu baru yang berjudul ‘Hanya Untukmu’.”
“Jadi
kalau ada dakwaan yang mengatakan saya menyepi hampir 13 tahun dari
bidang ni kerana kecewa dengan pencapaian diri sendiri itu memang tidak
betullah. Tidak ada apa yang perlu saya kecewakan sepanjang bergelar
artis.”
Nadia
juga menjelaskan yang dia tidak ambil peduli jika kemunclan semulanya
ini dipandang sepi oleh banyak pihak kerana baginya apa yang penting
adalah kepuasan berkarya.
Tambahnya
“Kalau ada yang suka dengan kemunculan saya Alhamdulillah, itu juga
yang saya harapkan. Kalau tak ada pun tidak ada apa-apa masalah buat
saya. Yang penting saya nak berkongsi karya saya. Lagipun lagu Hanya
Untukmu ini adalah ciptaan saya sendiri dan ianya lain dari lagu saya
sebelum ini.”
Sempat
juga kami bertanya tidakkah lirik lagu ini berkisar tentang kehidupan
dirinya, Nadia tidak mengiyakanya. Sebaliknya menjelaskan setiap karya
yang dibuatnya adalah apa yang dilihat disekelilingnya dan mengakui
tidak menolak kemungkinan untuk menulis lagu tentang kisah hidupnya
sepanjang 13 tahun menyepi.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment