Latest News

Saya Sudah Bertahun-Tahun Tidak Bertudung – Raja Ema

Semenjak menghiasi muka depan majalah Nona, nama Raja Ema yang popular dengan lagu Jejaka Idaman kembali meletup. Salah satu persoalan yang ditimbulkan oleh peminatnya ialah mengapa Raja Ema tampil dengan imej tidak bertudung sedangkan penampilan terakhirnya ketika menjadi isteri Sheqal sangat manis menutup aurat.
raja ema
Hari ini menerusi Harian Metro, Raja Ema tampil untuk menerangkan persoalan yang timbul ini kepada peminat-peminatnya. Kata Raja Ema:-
Terus terang, saya tak faham kenapa isu buka tudung pula yang digembar-gemburkan kerana saya sudah bertahun-tahun tidak bertudung cuma ramai orang yang tak tahu kerana saya sudah lama tidak aktif dalam bidang hiburan lagi. Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu. Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut.
raja ema
Apabila ditanya tentang perubahan wajahnya yang tampak lebih cantik dan jelita, Raja Ema enggan memberikan komen sama ada dirinya menggunakan botoks. Kata Raja Ema:-
Maaf, saya tak dapat komen mengenai isu penggunaan botoks tapi saya mengaku memang ada berjumpa doktor dan mengambil suntikan vitamin C dan produk berkaitan untuk mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh. Selain itu, saya memang menjaga pemakanan seimbang, senaman dan mengambil produk yang sesuai untuk mendapatkan berat badan idaman dengan nasihat doktor.
Patutlah Raja Ema makin cun kan? Yang penting, Raja Ema pergi berjumpa dengan doktor terlebih dulu dan tidak hentam kromo sahaja mengambil ubat yang ada dijual di pasaran. Semoga Raja Ema akan dapat membuat comeback di dalam industri hiburan tanah air. Pasti ramai yang merinduinya kelibatnya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.