Latest News

Saya Tidak Mahu Bermadu Kerana Kini Saya Bahagia – Memey Suhaiza

Berseri-seri sungguh ibu mengandung ini. Abang Nara suka melihat keceriaan di wajah Memey Suhaiza ketika menghiasi muka depan majalah Mingguan Wanita. Kini Memey sedang hamil selama 5 bulan dan pastinya tidak sabar menunggu hari kelahiran cahaya mata sulungnya.
memey hamil
Ramai pembaca BeautifulNara yang menyarankan agar Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi supaya rujuk semula selepas melihat kemesraan yang terpamer di antara mereka dalam gambar percutian ke Genting Highlands. Namun Memey menolak sebarang kemungkinan untuk dirinya dimadukan:-
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hubungan dengan Kak Abby sudah kembali pulih. Sebenarnya, orang tidak tahu antara Abang Norman dan Kak Abby masing-masing sudah berbaik dan tidak bermusuh. Cuma hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik.Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh. Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya
memey hamil 
Betul juga kata Memey nie kan? Buat apalah nak fikir benda yang negatif dan kata-kata orang. Nanti boleh beri kesan yang tidak elok pula kepada kandungan. Apa pun semoga Memey sentiasa sihat dan dapat melahirkan kandungannya tanpa sebarang masalah kelak. Sama-samalah kita doakan. Info asal Mingguan Wanita.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.