RJ
yang mengantikan Malique bagi lagu Teman Penganti di separuh akhir muzik
– muzik boleh tersenyum lebar apabila lagu tersebut berjaya ke AJL 27.
Walaubagaimanapun
kritikkan demi kritikan dapat dilihat semenjak RJ mengantikan tempat
Malique untuk lagu tersebut. Berkesempatan bertemu pertama kali dengan
pegawai perhubungan awam di Monkey Bone yang juga menguruskan Black. RJ
maklum akan kritikan yang diberikan peminat malah turut mengakui Malique
sendiri ada menegur Rap beliau didalam Lagu ini.
Ujarnya
“Pertama kali saya nak bagi tahu dekat semua orang yang saya ini
bukanlah seorang penyanyi, apatahlagi rapper. Kemunculan saya didalam
lagu teman penganti ini pun hanya dengan tiba-tiba saja setelah didesak
oleh Black sendiri bagi mengantikan Malique”
“Saya
tahu ada yang mengkritik Rap saya dalam lagu ini, bagi saya itu tidak
menjadi masalah kerana saya sedar akan kemampuan saya. Tambah lagi kalau
menyanyi secara langsung memang kurang sikit. Kalau menyanyi di bilik
karaoke boleh la”
“Saya
ada bertemu dengan Malique untuk mendapatkan pandanganya, dia pun ada
jugalah tegur saya untuk lagu ini dan dia pun cakap saya ni suara sesuai
dekat karaoke je. Ada juga dia bagi tahu supaya jangan terlalu ikut apa
yang dia telah lakukan dan kalau boleh minta saya jadi diri sendiri
untuk lagu teman penganti. Dan hasilnya seperti apa yang peminat semua
dengar sekarang. itulah diri saya didalam lagu ini”
Tambah
RJ lagi, RJ adalah singkatan bagi Rapper Janggut dimana nama itu
diberikan sendiri oleh Black . Mengakhiri perbualan RJ berharap peminat
lagu Teman Penganti akan terus menyokongnya dan memberikanya ruang untuk
cuba membawakan lagu itu mengikut caranya sendiri
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment