Latest News

Perkahwinan Tidak Akan Jejas Prestasi Saya – Apek

Fuh ~~~ Peminat-peminat bola sepak Kelantan terutamaya dan peminat bola sepak Malaysia amnya bolehlah menarik nafas lega mendengar jaminan daripada penjaga gol mereka, Khairul Fahmi Che Mat yang lebih dikenali dengan nama Apek.
apek dan leuniey
Selesai sahaja majlis pernikahannya dengan Leuniey pada Jumaat lepas, Apek memberikan jaminan yang perkahwinan tidak akan menjejaskan prestasi permainannya. Kata Apek kepada Utusan Malaysia:-
Insya-Allah prestasi saya tidak akan terjejas, kita kena ambil positif, lihat David Beckham sebelum ini biarpun sudah berkahwin tetapi prestasinya tidak menurun malah semakin meningkat. Saya akan cuba kekalkan prestasi yang terbaik kerana ini adalah karier saya dan saya amat bertuah kerana Leuniey amat memahami karier saya sebagai seorang pemain bola sepak.
Biasanya memang mutu permainan pemain bola sepak akan lebih meningkat selepas perkahwinan. Ini kerana kehidupan yang lebih teratur, ada teman berbicara dan pemikiran menjadi lebih matang. Semoga dengan perkahwinan ini, karier Apek selaku penjaga gol akan maju setapak lagi. Sama-samalah kita doakan demi masa depan bola sepak negara kita juga!!!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.