Latest News

Kalau Ada Rezeki, Saya & Rozita Che Wan Akan Kahwin Tahun Ini – Zain Saidin

Ini sememangnya berita yang menggemparkan dunia hiburan. Kalau sebelum ini Zain Saidin seringkali digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Rozita Che Wan, hari ini Zain tampil menerusi portal GUA mengesahkan yang dia akan berkahwin dengan Rozita pada tahun ini.
zain kahwini rozita
Malah Zain Saidin mengakui yang hubungannya dengan Rozita Che Wan adalah hubungan cinta yang serius. Kata Zain:-
Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini.
zain bercinta rozita
Umum mengetahui yang Rozita Che Wan adalah ibu kepada 2 orang anak lelaki. Bercakap mengenai hal tersebut, Zain Saidin menyatakan yang hubungannya dengan anak Rozita Che Wan adalah sangat baik. Kata Zain:-
Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka.
Abang Nara tengok Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini memang seperti pinang dibelah dua. Memang sama cantik dan sama padan. Semoga dimurahkan rezeki dan perancangan yang dibuat akan terlaksana. Tak sabar rasanya untuk melihat mereka berdua di atas pelamin. Tak gitu?
P.S: Salam. Cuma mahu menjelaskan beberapa komen di blog BeautifulNara yang menyatakan Abang Nara mendelete komen yang menghentam Neelofa. Secara ikhlas, tak pernah didelete mana-mana komen. Cuma kadang kala komen yang terlalu panjang akan ditapis terlebih dahulu secara automatik oleh sistem blog. Jadi kalau komen anda tak keluar, diharap bersabar. Abang Nara tak pernah dan takkan delete komen melainkan kalau ada carutan yang melampau. Terima kasih.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.