Latest News

Liyana Jasmay Enggan Terima Tajaan Untuk Hari Perkahwinannya


Lupakan sementara kontroversi yang melanda Liyana Jasmay dan Saiful Nang tentang gambar pra perkahwinan. Abang Nara ingin melahirkan rasa hormat kepada Liyana Jasmay kerana enggan menerima sebarang tajaan untuk hari perkahwinannya yang bakal berlangsung Sabtu ini.
liyana jasmay kahwin

Abang Nara pasti banyak pihak yang tampil untuk menaja perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin. Dan pastinya bukan senang untuk menolak. Namun Liyana Jasmay menolak kesemuanya kerana ingin merasa sendiri kepayahan merancang hari bahagianya. Kata Liyana Jasmay kepada Utusan Malaysia:-
Memang ramai yang menyatakan hasrat untuk menaja perkahwinan kami. Ada yang nak taja baju, lokasi, pelamin, bunga dan macam-macam. Tapi semua saya tolak. Saya tak mahu terikat dengan mereka. Kalau boleh biarlah saya rasa sendiri macam mana perit nak buat itu ini. Situasi-situasi macam ini bukan senang nak dapat. Biarlah saya keluarkan duit sendiri untuk buat semua (persiapan perkahwinan). Mujur ada kakak saya yang memang sudah berpengalaman sebelum ini. Dia banyak bantu dan urus segalanya.
liyana jasmay
Abang Nara memang respek gila dengan Liyana Jasmay apabila mengetahui tentang hal ini. Kalau nak ikutkan status dirinya sebagai selebriti, tentu Liyana Jasmay boleh berkahwin dengan pengeluaran kos yang minimum sekiranya menerima tajaan. Apa pun, tak sabar rasanya untuk melihat keanggunan Liyana Jasmay memakai baju pengantin rekaan Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini di hari bahagianya Sabtu ini.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.