Latest News

Saya Mahu Nazmi Mohon Maaf Secara Terbuka – Tengku Fiella

Bekas kekasih Nazmi Faiz, Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli atau lebih dikenali dengan nama Tengku Fiella hari ini mahukan bekas kekasihnya, Nazmi Faiz memohon maaf secara terbuka kerana telah mengaibkan dirinya. Untuk makluman, hubungan Nazmi dan Tengku Fiella telah berakhir 3 minggu lalu.
tengku fiella

Kata Tengku Fiella kepada Harian Metro hari ini:-
Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya. Saya tidak tahu kenapa Nazmi bertindak begitu (menuduhnya menjalin hubungan dengan Aidil). Mungkin dia tertekan keseorangan di Portugal dan teringin sangat pulang ke Malaysia. Dia pernah beritahu saya dia kecewa apabila tidak dapat pulang ke negara ini ketika cuti Krismas lalu.
nazmi faiz
Menurut Tengku Fiella lagi, Nazmi Faiz merupakan seorang yang kuat cemburu sepanjang perhubungan cinta mereka. Kata Tengku Fiella lagi:-
Nazmi kuat cemburu. Sebelum ini, Johan Asaari pernah menghantar Twitter kepada saya mengucapkan selamat hari lahir dan Nazmi terus menuduh saya ada hubungan dengan Johan. Selepas itu dia tuduh pula saya ada hubungan dengan Aidil sedangkan saya hanya mengenali Aidil sebagai pemain bola sepak, langsung tidak pernah berhubung dengannya.
nazmi faiz
Membaca kisah Nazmi Faiz dan Tengku Fiella ini, teringat kenangan zaman Abang Nara muda-muda dulu. Memang ikut hati dan perasaan. Biasalah tak matang lagi. Terasa dunia ini milik kita semuanya. Perkara biasalah tue kan? Diharap Nazmi dan Tengku Fiella dapat selesaikan masalah mereka tanpa melibatkan media selepas ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.