Latest News

Zizan Anggap Johan Seperti Adik Beradik


Melihat gelagat Zizan dan Johan apabila digandingkan bersama pasti akan menghadirkan satu momentum lucu buat yang menonton dan saat itu tiada siapa dapat menafikan kuasa lawak yang ditonjolkan oleh mereka berdua menerusi gandingan JOZAN.

Jozan
Baru baru ini semua maklum Johan ditimpa musibah apabila menjalani pembedahan di bahagian lutut kiri akibat Meniscus Koyak dan terpaksa menjalani Fisioterapi selama 6 bulan. Hal ini lantas menimbulkan kerisauan buat rakan karibnya iaitu Zizan, apabila Johan tetap berdegil mahu mengembara ke selatan tanah air bagi menghabiskan saki baki perjuanganya bersama Zizan di Maharaja Lawak Mega 2012.
Ujar Zizan “Saya risaukan kesihatan Johan sebab saya tak boleh tengok orang yang rapat dengan saya ni sakit apatah lagi adik beradik seperti mana yang dah saya anggap pada Johan. Lagipun saya pernah juga masuk hospital tidak lama dulu. Jadi saya tahu macam mana rasa sakitnya dan tidak selesanya bila kita berada di hospital.”
“Pernah saya nasihatkanya supaya jangan datang untuk MLM 2012 akhir, bukan bermaksud saya ni tak perlukan dia lagi. Cakap macam manapun dia degil, tetap juga nak datang. Saya hormati dan kagum dengan semangatnya itu walaupun pada masa yang sama saya juga risau akan kesakitan yang dia alami pada ketika itu. Mujurlah semuanya selamat dan harap sangat Johan dapat sembuh secepat yang mungkin.”

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.