Kelahiran cahaya mata sulung buat pasangan selebriti tempatan iaitu Azad Jasmin dan Eira Syazira memberi limpahan rezeki dalam bidang lakonan buat pasangan ini. Apatahlagi Azad sendiri sudah ditawarkan kontrak untuk membintangi hampir 10 buah filem terbitan Grand Brilliance.
Bagaimanapun adat berpantang ada sahaja perkara-perkara yang perlu kita akur dan patuh sepanjang tempoh tersebut. Hal tersbut dialami oleh Azad yang diceritakan kepada kami sewaktu ditemui baru baru ini apabila dilarang – berjumpa anaknya selepas Maghrib.
Ujarnya “Pantang larang orang pantai timur ni satu macam sikit, contohnya macam saya. Mertua saya orang Kelantan. kalau saya nak jumpa anak saya tak boleh lepas maghrib. Saya pula selalu habis shooting sampai lewat malam dan kadang-kdang sampai 2-3 pagi, memang tak dapat la nak jumpa anak saya hari tu. Jadi terpaksalah terus balik rumah je sorang-sorang.
“Bukan apa diorang takut ada benda yang tak elok terjadi dekat anak bini saya nanti. Saya pun ada jugak keluar masuk hutan masa shooting, jadi benda-benda macam tu la diorang risau sikit. Kalau rasa nak juga jumpa anak bini kena datang awal la masa petang.” Jelas Azad ceria.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment