Latest News

Gambit Saifullah Makin Dibenci Kerana Fear Factor Malaysia


Pasti ramai yang menarik nafas lega apabila Gambit diumumkan tersingkir daripada Fear Factor Malaysia semalam. Daripada apa yang Abang Nara baca, ramai betul  membenci perwatakan yang ditunjukkan oleh Gambit di dalam rancangan tersebut. Jahat sangat katanya!!!
gambit fear factor malaysia
Bercakap kepada Kosmo hari ini, Gambit menyatakan teknik suntingan yang digunakan menyebabkan dirinya nampak jahat dan menjadi watak antagonis di dalam Fear Factor Malaysia. Kata Gambit:-
Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir.
gambit fear factor malaysia
Bagi Abang Nara, memang setiap rancangan realiti kena ada watak jahat. Kalau dulu di rancangan Masterchef Selebriti, Azwan Ali menjadi penyeri dengan celotehnya yang over. Kalau tak ada orang macam Gambit dan Azwan Ali, pasti bosan rancangan tersebut. Apa pula kata anda?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.